09 March 2011

Padang Sasar Muadzam Shah

Tempat yang sesuai untuk belajar bermain golf



Tempat yang tenang untuk melapangkan fikiran.
Juga merupakan tempat helikopter mendarat di muadzam
Post kali ini akan berkisarkan tentang padang sasar yang terdapat di bandar ini, inilah keistimewaan Muadzam Shah, jarang terdapat padang sasar untuk belajar main golf, di bandar2 lain di Pahang ni tapi Muadzam ada!.

Padang sasar ini terletak di kawasan Pinggir Pelangi iaitu kawasan perumahan yang agak mewah dikawasan Muadzam, tempat ini memang sesuai untuk dijadikan tempat latihan bagi sesiapa yang baru berjinak-jinak untuk mengenali sukan golf, kawasan ini juga menempatkan kawasan khas untuk helikopter mendarat di bandar ini.

Kami dapati juga, kawasan sasar ini sangat tenang dengan suasana atas bukit yang dikelilingi oleh hutan Muadzam yang menghijau menjadkan tempat ini sangat menenangkan dan merupakan tempat yang bagus untuk merehatkan fikiran tampa gangguan.

No comments:

Post a Comment