Salam sejahtera...kali ini kami ingin memberikan sedikit info mengenai institusi kewangan yang terdapat di Muadzam Shah. Kini terdapat 6 institusi kewangan di Muadzam Shah.
|
CIMB Bank |
CIMB Bank merupakan bank yang paling sibuk di Muadzam Shah terutama mesin ATM ini kerana rata rata pelajar UNITEN menerima wang PTPTN melalui bank ini, selain itu pekerja bank ini lebih ramah dan sedia memberi pertolongan jika diperlukkan.
|
Maybank |
Bank ini juga adalah salah satu bank yang popular terutama dikalangan peniaga peniaga cina di Muadzam Shah ini adalah kerana mereka kelihatan sering berurusan di bank ini. Bank ini tidak mempunyai perkhidmatan mesin deposit wang.
|
Bank Islam |
Bank Islam juga ramai dikunjungi terutama pekerja pejabat agama, guru sekolah agama dan beberapa penduduk yang lain, bank ini juga tidak mempunyai mesin deposit wang dan sederet dengan kedai Abadi.
|
Bank Rakyat |
Bank Rakyat juga ramai dikunjungi terutama pekerja pekerja kerajaan dimana Bank Rakyat mempunyai "link" dengan pihak kerajaan selain itu Bank Rakyat juga memberikan kelulusan mudah untuk peminjam yang berkerja untuk kerajaan, bank ini juga tidak ada menyediakan perkhidmatan deposit wang.
|
Bank Simpanan Nasional |
Bank ini juga popular dikalangan penduduk di Muadzam Shah, ini adalah kerana nombor pin untuk permohonan ke IPTA hanya di jual disini dan ini amat memudahkan golongan muda yang ingin meyambung pengajian kerana mereka tidak perlu bersusah payah untuk pergi ke Kuantan atau Segamat untuk membeli nombor pin berkenaan, Bank ini terletak bersebelahan dengan premis HPA.
|
Tabung Haju |
Tabung Haji juga popular dikalangan penduduk Muadzam Shah kerana penduduk boleh mencarum untuk pergi haji di hari tua nanti dalam pada itu ianya juga ada menawarkan perkhidmatan akaun simpanan. Dari pantauan kami, jarang kelihatan remaja berurusan disini biasanya gologan 30an kelihatan di bank ini.
Akhir kata, jika dibanding kan semua bank berkenaan semuanya menawarkan perkhidmatan mesin ATM, walau bagaimana pun hanya CIMB bank sahaja yang menyediakan perkhidmatan mesin pendeposit ini mungkin kerana faktor pelanggan yang mengunjungi bank berkenaan. Adalah disarankan supaya bank lain juga menyediakan mesin pendeposit ini adalah untuk kebaikan bersama, sekian. =)
No comments:
Post a Comment