28 February 2011

Jom Kitar Semula!!

Baru baru ni di Muadzam Shah ada program Jom Kitar Semula!! anjuran pelajar Uniten yang ambil subject Moral...program ni berjalan pada 26 Februari 2011 (Sabtu) bertempat di Dewan Orang Ramai Muadzam Shah bermula pada jam 8 pagi hingga jam 5 petang. Terdapat banyak aktiviti yang dijalankan dan slogan program berkenaan adalah "Kitar Semula Amalan Bersama"

Banner Program Jom Kitar Semula!!
Program ini dirasmikan oleh Encik Muhammad Muslim Bin Rosli (Penolong Pegawai Daerah Rompin) & Shamsul Kamal Bin Ahmad (Ketua Penghulu Muadzam Shah)...antara permainan yang ada pada hari tersebut adalah bola kertas, tuju tin, bowling botol, fashion show, kuiz, pameran kitar semula & pertandingan reka bentuk.

Suasana Dewan Orang Ramai Pada Program Berkenaan
Program ini di sertai oleh beberapa sekolah sekitar Muadzam Shah dan Politeknik Muadzam Shah dan sijil juga disediakan opeh pihak penganjur untuk menarik minat para pengunjung.

Pameran Pihak Penganjur
Terdapat juga beberapa pameran yang menarik dimana pengunjung boleh mendapat maklumat & kesedaran mengenai barang barang atau sampah yang boleh dikitar semula. Antara barang barang atau sampah yang boleh dikitar semula ialah tin, kertas, kaca & plastik.

Antara Hasil Ciptaan Peserta Program
Antara yang menarik ialah pertandingan reka bentuk dimana peserta perlu menggunakan barangan kitar semula dan ini amat mencabar kretiviti peserta dan atas adalah antara contoh dimana peserta menciptakan satu bentuk gunung berapi berasaskan kertas.

Hadiah Untuk Peserta
Akhir kata adalah disarankan supaya anda semua mengikuti amalan kitar semula kerana ianya dapat menjaga alam semesta dan dalam pada itu ianya dapat mengelakkan pembakaran terbuka yang boleh mengancam nyawa manusia jika ianya berlaku secara berleluasa tanpa sebarang kawalan pihak berkuasa.

Nasi Kukus & Nasi Lemak Ayam Berempah Bedah Corner

Hye..berjumpa lagi...kali ni kami nak story sikit mengenai Nasi Kukus & Nasi Lemak Ayam Berempah Bedah Corner....makanan ni memang popular di Muadzam Shah terutamanya dikalangan student Uniten.

Kedai Bedah Corner
 Nasi Kukus & Nasi Lemak Ayam Berempah Bedah Corner ni di usahakan oleh Kak Umi & Pak Usop. Menu ini hanya ditawarkan pada hari sabtu sahaja dimana pada hari tersebut Muadzam Shah mempunyai pekan sehari. Terdapat 4 pekerja yang mengedalikan perniagaan ini iaitu 2 org pembungkus nasi dan 2 org lagi bertugas untuk mengoreng ayam berempah.

Pelanggan Setia Menunggu Nasi Mereka Dibungkus


Nasi Kukus & Nasi Lemak Ayam Berempah Bedah Corner sering mempunyai ramai pelanggan setia dan kebiasaanya nasi dan ayam sentiasa kehabisan...pada kali ini kami beruntung kerana kami tiba pada jam 10 pagi dimana keadaan tidaklah begitu ramai. Ini mungkin kerana rata rata pelajar masih belum keluar membeli belah disini.

Nasi Putih (Kiri) & Nasi Lemak (Kanan)
Nasi Kukus & Nasi Lemak Ayam Berempah Bedah Corner ini sedap rasanya dan antara kedua dua nasi ini masing masing mempunyai rasa tersendiri dan biasanya nasi lemak lebih laku di pagi hari dan nasi putih lebih laku pada waktu tengahari.

Ayam Berempah
Ayam Berempah Bedah Corner ini sangat menarik kerana rasanya yang penuh rempah mampu membuatkan ramai orang akan kembali membelinya...ini mungkin kerana ramuan ayam itu sendiri..biasanya harga ayam tersebut mengikut saiz dan ini terpulang kepada citarasa pembeli.

Suasana Gerai Nasi Kukus & Nasi Lemak Ayam Berempah Bedah Corner
Kepada sesiapa yang belum mencuba adalah di cadangkan supaya mencubanya...harganya tidaklah terlalu mahal kerana mengikut saiz ayam antara harganya ialah RM4,RM5 & RM6 dan kebiasanya sebungkus nasi mengandungi Nasi (Putih/Lemak) + Ayam + Acar/Ulam + Sambal/Kuah Kari...selamat mencuba semua...jumpa lagi posting yang akan datang... =)

21 February 2011

Jalan-jalan cari makan di Muadzam

Apakhabar semua?
Untuk possting kali ini kami nak tunjukkan tempat-tempat makan yang ada di Muadzam tercinta kita.
Posting kali ini hanya menunjukkan sebahagian sahaja kedai makan yang ada di Muadzam.
Kedai makan ini terletak dihadapan Petronas 'hiway' Segamat-Kuantan. Terdapat pelbagai juadah yang boleh didapati disini. 

 Keadaan menjadi lebih meriah di waktu malam. Selalunya akan dikunjungi oleh penduduk tempatan, pelajar UNITEN, pelajar Politeknik Muadzam Shah dan penumpang-penumpang bas yang singah untuk berehat.

 Antara gambar-gambar penumpang bas yng singah untu berehat.

 RNR Muadzam Shah terletak bersubelahan dengan pasarayaTunas Manja, sama seperti kedai makan hadapan Petronas Muadzam ianya menjadi tempat kegemaran penumpang-penumpang bas untuk berenti berehat.
Bersebelahan dengan RNR Muadzam Shah terdapat juga pelbagai kedai-kedai makan yang menawarkan pelbagai pilihan untuk sesiapa yang singah disini. Seperti kedai-kedai dihadapan Petronas Muadzam, kedai-kedai disini juga menjadi lebih meriah pada waktu malam.

Antara kedai makanan yang menjadi pilihan pelajar UNITEN.

Kedai-kedai makan ini terletak di 'highway' Segamat-Kuantan.

Kepada sesiapa yang singgah di Muadzam tiada masalah untuk anda mencari makan disini, terdapat pelbagai pilihan yang anda boleh pilih. Sekian sahaja untuk posting kali ini, untuk posting akan datang kami akan menunjukkan lebih banyk lagi kedai-kedai makanan yang terdapat di Muadzam Shah.

16 February 2011

Rumah Penginapan Sekitar Muadzam Shah

 

 

 

 















Pada kali ini kami akan membawakan satu lagi gambaran tentang apa yang terdapat di Muadzam Shah bagi panduan kepada pelawat yang mengunjungi bandar ini. Di sini kami paparkan antara rumah penginapan yang selesa bagi kegunaan pengunjung iaitu WAWA INN dan RSD HOTEL, pada pandangan kami ,kedua-dua rumah penginapan ini mempunyai  perkhidmatan dan layanan yang sangat memuaskan.

Seperti yang anda sedia maklum, Muadzam Shah merupakan pusat kegiatan ekonomi yang terletak ditengah-tengah antara Johor dan Pahang dan sekaligus menjadi tempat persingahan untuk ramai orang. Bandar ini juga merupakan pusat pendidikan bagi ramai pelajar antaranya pelajar politeknik, UNITEN dan MRSM dari luar kawasan pahang, ini merupakan faktor penting kepada pertumbuhan rumah penginapan di bandar ini, kepada keluarga pelajar yang tinggal jauh, mereka dapatlah menggunakan perkhidmatan hotel dan rumah penginapan ini tanpa perlu khuatir jika tiada tentang tempat persinggahan.

Kepada yang berminat untuk mengunakan perhikmatan ini, anda boleh menhubungi;-
RSD HOTEL - 09 4523254
WAWA INN - 09 4525434

Ekspedisi Bukit Ridan Muadzam Shah

Pemandangan Bukit Ridan dari Desasiswa Harmoni pada waktu pagi.
 Satu lagi keindahan di Muadzam Shah ialah Bukit Ridan. Terletak kira kira 5km dari kampus Universiti Tenaga Nasional, anda boleh mendaki bukit ini untuk melihat keindahan flora dan fauna yang ada disini serta keindahan bandar Muadzam Shah dari puncak setinggi 4000 meter dari paras laut.



Pengembaraan  bermula





Pendakian ini mengambil masa lebih kurang 2 jam melalui denai denai yang sedia ada hingga ke puncak bukit.






Antara hasil hutan yang terdapat di Bukit Ridan yang boleh dikomersialkan untuk meningkatkan ekonomi tempatan


Perjalanan pulang menuju ke kaki bukit setelah 2 jam berpenat lelah mendaki Bukit Ridan

11 February 2011

Karnival IT & Telefon Bimbit

Karnival ini berlangsung pada 20hb Januari 2011 hingga 23hb Januari 2011, ia berlangsung di tempat parking Dewan Orang Ramai Muadzam Shah. Karnival ini di anjurkan oleh Zengyen Mobile Company yang beribu pejabat di Kuantan Parade.


Pada mulanya, Saya dapat merasakan yang rata-rata pengunjung yg hadir amat tertarik dengan produk2 yg ditawarkn  kerana karnival ini menawarkan harga-harga yg amat murah. Produk yg ditawarkn di karnival ini adalah seperti Handphone (Nokia,Blackberry,Iphone) , alat sistem navigasi (GPS) dan Celcom Blue n Broadband.
Setelah memasuki karnival ini dan membuat tinjauan sepenuhnya, barulah saya sedari yang ada sesuatu yang tidak kena dengan karnival ini kerana harga produk yang ditawarkan amat melampau Murahnya. setelah membuat tinjaun dengan teliti akan produk2 tersebut, saya dapati yang produk-produk yang ditawarkn merupakan produk Palsu atau lebih dikenali dengan panggilan Telefon China Set.


 Amatlah tidak masuk akal apabila saya ditawarkn untuk membeli IPhone4 dengan Harga RM1200 sahaja tanpa sebarang kontrak talian. jika pengunjung merupakan jenis yang tidak peka, ia adalah tawaran yg amat murah kerana harga semasa untuk Iphone4  adalah RM 1900 bersama kontrak talian setahun, atau Rm2500 untuk yang tanpa kontrak. saya juga ditawarkn handphone Blackberry 9700 dengan harga RM400 sahaja,menarik bukan..hahahaha tetapi malangnya ia adalah Telefon China Set yg sememangnya bukan dari jenama telefon yg sebenar.


Secara konklusinya disini, Saya dapat merasakan yang karnival ini  merupakan satu "Karnival Penipuan Terancang" terhadap penduduk-penduduk di Muadzam Shah yang mana kita tahu, ia terdiri dari golongan Felda, kakitangan kerajaan, Orang Asli dan pelajar-pelajar institusi tinggi. Saya mengatakan seperti tersebut kerana rata-rata penjual di karnival cuba menipu pengguna dengan mengatakan bahawa produk2 mereka merupakan produk2 yang Original cuma harga mereka tawarkan murah kerana produk mereka merupakan produk AP (Authorized Products) walhal produk mereka merupakan produk palsu yg didatangkan dari China. Definisi- AP set ialah handphone yang kualitinya sama dengan original tetapi diedarkan oleh supplier handphone yang bukan diiktiraf oleh company pengeluar handphone.  

Jadi selama berlangsungnya Karnival ini,saya dapat jangkakan yang ramai penduduk di muadzam ditipu di karnival ini kerana pada pemerhatian saya,karnival ini diserbu pengunjung sepeti jualan pisang panas. Sebagai penutup, saya amat berharap kepada pihak-pihak berkuasa supaya memantau dengan lebih aktif akan karnival seperti ini agar ia tidak berlangsung lagi untuk menipu penduduk-penduduk di pedalaman khususnya. Sekian ~khalis~   


07 February 2011

Lampu Isyarat Pertama Muadzam Dah Beroperasi??




26 January 2011; Betul ke lampu isyarat pertama di bandar Muadzam Shah sudah memulakan tugasnya? sebenarnya belum lagi, tetapi kepada sebilangan kecil penduduk tempatan yang bertuah dapat lah merasa traffic light ni derfungsi. Pada 26 january lepas, pihak kontraktor pemasangan yang bertangungjawab memasang lampu isyarat ini telah melakukan ujian sementara, kepada pengguna jalan ini pada lewat petang hari berkenaan dapat la merasa nikmat sebagai antara orang pertama menggunakan satu lagi kemudahan terbaru di bandar ini. Disini beberapa gambar yang sempat diambil oleh rakan saya pada hari tersebut...- nasri