Hye..berjumpa lagi...kali ni kami nak story sikit mengenai
Nasi Kukus & Nasi Lemak Ayam Berempah Bedah Corner....makanan ni memang popular di Muadzam Shah terutamanya dikalangan student Uniten.
|
Kedai Bedah Corner |
Nasi Kukus & Nasi Lemak Ayam Berempah Bedah Corner ni di usahakan oleh Kak Umi & Pak Usop. Menu ini hanya ditawarkan pada hari sabtu sahaja dimana pada hari tersebut Muadzam Shah mempunyai pekan sehari. Terdapat 4 pekerja yang mengedalikan perniagaan ini iaitu 2 org pembungkus nasi dan 2 org lagi bertugas untuk mengoreng ayam berempah.
|
Pelanggan Setia Menunggu Nasi Mereka Dibungkus |
Nasi Kukus & Nasi Lemak Ayam Berempah Bedah Corner sering mempunyai ramai pelanggan setia dan kebiasaanya nasi dan ayam sentiasa kehabisan...pada kali ini kami beruntung kerana kami tiba pada jam 10 pagi dimana keadaan tidaklah begitu ramai. Ini mungkin kerana rata rata pelajar masih belum keluar membeli belah disini.
|
Nasi Putih (Kiri) & Nasi Lemak (Kanan) |
Nasi Kukus & Nasi Lemak Ayam Berempah Bedah Corner ini sedap rasanya dan antara kedua dua nasi ini masing masing mempunyai rasa tersendiri dan biasanya nasi lemak lebih laku di pagi hari dan nasi putih lebih laku pada waktu tengahari.
|
Ayam Berempah |
Ayam Berempah Bedah Corner ini sangat menarik kerana rasanya yang penuh rempah mampu membuatkan ramai orang akan kembali membelinya...ini mungkin kerana ramuan ayam itu sendiri..biasanya harga ayam tersebut mengikut saiz dan ini terpulang kepada citarasa pembeli.
|
Suasana Gerai Nasi Kukus & Nasi Lemak Ayam Berempah Bedah Corner |
Kepada sesiapa yang belum mencuba adalah di cadangkan supaya mencubanya...harganya tidaklah terlalu mahal kerana mengikut saiz ayam antara harganya ialah RM4,RM5 & RM6 dan kebiasanya sebungkus nasi mengandungi Nasi (Putih/Lemak) + Ayam + Acar/Ulam + Sambal/Kuah Kari...selamat mencuba semua...jumpa lagi posting yang akan datang... =)
No comments:
Post a Comment