21 February 2011

Jalan-jalan cari makan di Muadzam

Apakhabar semua?
Untuk possting kali ini kami nak tunjukkan tempat-tempat makan yang ada di Muadzam tercinta kita.
Posting kali ini hanya menunjukkan sebahagian sahaja kedai makan yang ada di Muadzam.
Kedai makan ini terletak dihadapan Petronas 'hiway' Segamat-Kuantan. Terdapat pelbagai juadah yang boleh didapati disini. 

 Keadaan menjadi lebih meriah di waktu malam. Selalunya akan dikunjungi oleh penduduk tempatan, pelajar UNITEN, pelajar Politeknik Muadzam Shah dan penumpang-penumpang bas yang singah untuk berehat.

 Antara gambar-gambar penumpang bas yng singah untu berehat.

 RNR Muadzam Shah terletak bersubelahan dengan pasarayaTunas Manja, sama seperti kedai makan hadapan Petronas Muadzam ianya menjadi tempat kegemaran penumpang-penumpang bas untuk berenti berehat.
Bersebelahan dengan RNR Muadzam Shah terdapat juga pelbagai kedai-kedai makan yang menawarkan pelbagai pilihan untuk sesiapa yang singah disini. Seperti kedai-kedai dihadapan Petronas Muadzam, kedai-kedai disini juga menjadi lebih meriah pada waktu malam.

Antara kedai makanan yang menjadi pilihan pelajar UNITEN.

Kedai-kedai makan ini terletak di 'highway' Segamat-Kuantan.

Kepada sesiapa yang singgah di Muadzam tiada masalah untuk anda mencari makan disini, terdapat pelbagai pilihan yang anda boleh pilih. Sekian sahaja untuk posting kali ini, untuk posting akan datang kami akan menunjukkan lebih banyk lagi kedai-kedai makanan yang terdapat di Muadzam Shah.

No comments:

Post a Comment