11 February 2011

Karnival IT & Telefon Bimbit

Karnival ini berlangsung pada 20hb Januari 2011 hingga 23hb Januari 2011, ia berlangsung di tempat parking Dewan Orang Ramai Muadzam Shah. Karnival ini di anjurkan oleh Zengyen Mobile Company yang beribu pejabat di Kuantan Parade.


Pada mulanya, Saya dapat merasakan yang rata-rata pengunjung yg hadir amat tertarik dengan produk2 yg ditawarkn  kerana karnival ini menawarkan harga-harga yg amat murah. Produk yg ditawarkn di karnival ini adalah seperti Handphone (Nokia,Blackberry,Iphone) , alat sistem navigasi (GPS) dan Celcom Blue n Broadband.
Setelah memasuki karnival ini dan membuat tinjauan sepenuhnya, barulah saya sedari yang ada sesuatu yang tidak kena dengan karnival ini kerana harga produk yang ditawarkan amat melampau Murahnya. setelah membuat tinjaun dengan teliti akan produk2 tersebut, saya dapati yang produk-produk yang ditawarkn merupakan produk Palsu atau lebih dikenali dengan panggilan Telefon China Set.


 Amatlah tidak masuk akal apabila saya ditawarkn untuk membeli IPhone4 dengan Harga RM1200 sahaja tanpa sebarang kontrak talian. jika pengunjung merupakan jenis yang tidak peka, ia adalah tawaran yg amat murah kerana harga semasa untuk Iphone4  adalah RM 1900 bersama kontrak talian setahun, atau Rm2500 untuk yang tanpa kontrak. saya juga ditawarkn handphone Blackberry 9700 dengan harga RM400 sahaja,menarik bukan..hahahaha tetapi malangnya ia adalah Telefon China Set yg sememangnya bukan dari jenama telefon yg sebenar.


Secara konklusinya disini, Saya dapat merasakan yang karnival ini  merupakan satu "Karnival Penipuan Terancang" terhadap penduduk-penduduk di Muadzam Shah yang mana kita tahu, ia terdiri dari golongan Felda, kakitangan kerajaan, Orang Asli dan pelajar-pelajar institusi tinggi. Saya mengatakan seperti tersebut kerana rata-rata penjual di karnival cuba menipu pengguna dengan mengatakan bahawa produk2 mereka merupakan produk2 yang Original cuma harga mereka tawarkan murah kerana produk mereka merupakan produk AP (Authorized Products) walhal produk mereka merupakan produk palsu yg didatangkan dari China. Definisi- AP set ialah handphone yang kualitinya sama dengan original tetapi diedarkan oleh supplier handphone yang bukan diiktiraf oleh company pengeluar handphone.  

Jadi selama berlangsungnya Karnival ini,saya dapat jangkakan yang ramai penduduk di muadzam ditipu di karnival ini kerana pada pemerhatian saya,karnival ini diserbu pengunjung sepeti jualan pisang panas. Sebagai penutup, saya amat berharap kepada pihak-pihak berkuasa supaya memantau dengan lebih aktif akan karnival seperti ini agar ia tidak berlangsung lagi untuk menipu penduduk-penduduk di pedalaman khususnya. Sekian ~khalis~   


2 comments:

  1. biasalah business. ada yang jujur ada yang tipu.:)

    ReplyDelete