28 February 2011

Jom Kitar Semula!!

Baru baru ni di Muadzam Shah ada program Jom Kitar Semula!! anjuran pelajar Uniten yang ambil subject Moral...program ni berjalan pada 26 Februari 2011 (Sabtu) bertempat di Dewan Orang Ramai Muadzam Shah bermula pada jam 8 pagi hingga jam 5 petang. Terdapat banyak aktiviti yang dijalankan dan slogan program berkenaan adalah "Kitar Semula Amalan Bersama"

Banner Program Jom Kitar Semula!!
Program ini dirasmikan oleh Encik Muhammad Muslim Bin Rosli (Penolong Pegawai Daerah Rompin) & Shamsul Kamal Bin Ahmad (Ketua Penghulu Muadzam Shah)...antara permainan yang ada pada hari tersebut adalah bola kertas, tuju tin, bowling botol, fashion show, kuiz, pameran kitar semula & pertandingan reka bentuk.

Suasana Dewan Orang Ramai Pada Program Berkenaan
Program ini di sertai oleh beberapa sekolah sekitar Muadzam Shah dan Politeknik Muadzam Shah dan sijil juga disediakan opeh pihak penganjur untuk menarik minat para pengunjung.

Pameran Pihak Penganjur
Terdapat juga beberapa pameran yang menarik dimana pengunjung boleh mendapat maklumat & kesedaran mengenai barang barang atau sampah yang boleh dikitar semula. Antara barang barang atau sampah yang boleh dikitar semula ialah tin, kertas, kaca & plastik.

Antara Hasil Ciptaan Peserta Program
Antara yang menarik ialah pertandingan reka bentuk dimana peserta perlu menggunakan barangan kitar semula dan ini amat mencabar kretiviti peserta dan atas adalah antara contoh dimana peserta menciptakan satu bentuk gunung berapi berasaskan kertas.

Hadiah Untuk Peserta
Akhir kata adalah disarankan supaya anda semua mengikuti amalan kitar semula kerana ianya dapat menjaga alam semesta dan dalam pada itu ianya dapat mengelakkan pembakaran terbuka yang boleh mengancam nyawa manusia jika ianya berlaku secara berleluasa tanpa sebarang kawalan pihak berkuasa.

No comments:

Post a Comment