Salam sejahtera...kali ini kami ingin menceritakan tempat tumpuan penduduk Muadzam Shah iaitu pekan sehari. Pekan sehari ini adalah setiap hari sabtu dan lokasinya berada di Jalan Dara berhampiran Bedah Corner dan di sebelah Wisma UNITEN Muadzam Shah.
|
Pengunjung Pekan Sehari |
Pekan disini dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu pakaian, makanan, buah-buahan dan pasar basah. Rata rata pengunjung terdiri daripada pelajar (UNITEN, MRSM, Polikteknik, Sekolah berasrama Berdekatan) pada waktu pagi dan tengah hari dan lewat petang biasanya terdiri daripada penduduk setempat.
|
Pakaian Wanita & Kanak-Kanak |
Pada bahagian pakaian, paling banyak adalah pakaian terpakai atau lebih dikenali sebagai bundle...ini mungkin kerana trend disini ramai remaja-remaja atau pekerja asing lebih meminati pakaian bundle yang lebih murah. Harga adalah sekitar RM5 hingga RM 50.
|
Aneka Pilihan Pakaian Bundle |
|
Kedai Permainan & Jam |
|
Kedai Minuman |
|
|
|
Pasar Basah Makanan Laut |
|
Kedai Ayam Segar |
Kepada sesiapa yang tidak pernah datang ke pekan sehari ini...adalah di galakkan untuk cuba datang kerana banyak pilihan makanan yang boleh dirasai. Masih ingat tentang posting kami mengenai nasi kukus bedah corner? anda boleh mendapatkanya disini...berjumpa lagi di posting yang akan datang =)
teringat semasa zaman kanak-kanak dan zaman remaja..di pekan sehari inilah aku n kawan membeli belah..semua ada.. kadang last2 minit gi beli baju raya di sini, almaklumkan kami bukan anak golongan yang berada.. kami ke muadzam menaiki bas MARA dengan harga tiket RM1.. tu pun kadang2 kena berdiri sampai stesen bas...
ReplyDelete