05 March 2011

Muadzam Shah Maju Setapak Kehadapan Versi Bandar Satelit !!!!


Wow!! Diorang nak buat apa kat sini? Waterwold? Theme Park? Golf Course?. Mungkin itu yang akan ada fikirkan jika melihat keluasan kawansan yang telah diterokai dan dibangunkan oleh pihak pemaju yang terlibat
Inilah yang dinamakan pembangunan. Muadzam Shah kini sedang dibangunkan dengan penambahan sebuah Bandar Satelit Muadzam Shah dimana projek ini adalah usahasama antara syarikat Kencana Bersatu Sdn Bhd dan Perbadanan Setiausaha Kerajaan Pahang yang melibatkan kos RM250 juta.

Projek di kawasan seluas 60.3 hektar ini melibatkan pembinaan banglo, rumah berkembar dan teres manakala pembangunan perdagangan melibatkan kompleks perniagaan, medan selera, kedai, hotel dan stesen minyak selain padang permainan, dewan, tadika, masjid, kolam takungan dan tapak utiliti.
Tempoh pembangunan Bandar Satelit ini dianggarkan akan siap selepas enam tahun dari tarikh ia dimulakan iaitu pada awal Mei tahun lalu. 

Papan tanda Bandar Satelit and Pemaju yang terlibat. 

Antara pembinaan yang sedang dijalankan

Kawasan seluas 60.3 hektar yang dibangunkan 

Permandangan kawasan perbinaan dari tepi jalan Rompin - Bukit Ibam

5 comments:

  1. Yess.. sy yg pertama comment. Info yang sangat baik. Mengubah sedikit mentaliti aku yg dulunya cuma menggunakan khidmat kenderaan awam untuk ke Bt Ibam. Setelah sekian lama "keluar" merantau, rasanya dh tiba masa utk berbakti pada tanah mentah yg aku pijak dulu..

    ReplyDelete
  2. Rumah dan bilik utk disewa di Bandar Satelit Muadzam Shah. Sila hubungi 0122549799 Cikgu Azmi.

    ReplyDelete
  3. Aeon akan dibina di Muadzam Shah...hebat! Tesco, Giant, Mydin akan datang jugak...Theme park terulung di Muadzam Shah. Condo Pertana akan dilancarkan.

    ReplyDelete
  4. Aeon akan dibina di Muadzam Shah...hebat! Tesco, Giant, Mydin akan datang jugak...Theme park terulung di Muadzam Shah. Condo Pertana akan dilancarkan.

    ReplyDelete