02 March 2011

Ladang Lembu Terbesar Di Pahang!!

Tahukah anda bahawa ladang lembu terbesar di pahang terletak di Muadzam Shah? pasti ramai tak tahu kerana ianya sukar di lihat... =)

Lembu Jersey

First Dairy Farm (M) Sdn Bhd (Fidaf) di Kilometer 81, Jalan Kuantan-Segamat dekat Muadzam Shah, Rompin, Pahang adalah ladang lembu yang terbesar di Pahang. Ianya Dimiliki oleh Datuk Wan Abdullah Wan Salleh yang juga merupakan pengurusi Fidaf. Di ladang berkenaan terdapat seramai 75 kakitangan termasuk empat doktor veterina. Keluasan ladang ini adalah 446 hektar dan ianya sangat besar dan kini terdapat 300 ekor lembu dan mereka mensasarkan 1200 ekor lembu pada masa hadapan.

Lembu yang diternak itu mampu menghasilkan sebanyak 2,500 hingga 2,700 liter susu segar setiap hari.Kami difahamkan mereka mengunakkan teknology terkini yang di ambil dari Australia.

 
Mesin Memerah Susu Terkini - Sekadar Hiasan

Ape yang menarik ialah lembu yang diternak diperdengarkan bacaan ayat suci al-Quran dan dipantau menerusi kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di kandang-kandang berkenaan. Selain itu kandang tertutup berhawa dingin supaya menyamai cuaca di Australia bagi memastikan susu yang dihasilkan berkualiti tinggi.

Jika anda ingin menikmati susu dari Fidaf, anda boleh pergi ke pekan sehari Muadzam Shah untuk membelinya dari wakil penjual Fidaf yang membuka gerai jualan di sana. =)

FAKTA: Lembu berteknologi tinggi

Sistem Glycol digunakan untuk menyejukkan susu yang mengambil masa tiga saat pada suhu serendah empat darjah Celsius bagi mengurangkan kadar pertumbuhan bakteria dalam susu bagi menjamin kualitinya.

Projek ini diiktiraf Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, sekali gus Fidaf mendapat kemudahan kerajaan negeri dan Pusat untuk meningkatkan pengeluarannya.

Formulasi pemakanan tambahan untuk lembu dijalankan dengan kerjasama Cargill Feeds (M) Sdn Bhd, syarikat antarabangsa terulung dalam pemakanan ternakan.

Fidaf yang mengamalkan taraf sistem biosekuriti, sedia memberi latihan kepada usahawan yang berminat dengan industri ini kerana permintaan terhadap produk tenusu semakin meningkat.

Projek ini satu-satunya yang beroperasi di bawah pelan pembangunan industri tenusu di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) di Muadzam Shah.

8 comments:

  1. It’s not what it seems at first glance.. it was a nice place..hehe. good job bro :P

    ReplyDelete
  2. syarikat ni lah yg curah susu banyak2 buang kerana tak laku dulu ye?

    ReplyDelete
  3. kami ade membekal rumput napier Taiwan untuk ternakan . sebarang pertanyaan sila hubunggi En.Sapian 019-9213369 . Terima Kasih

    ReplyDelete
  4. Salam 1 Malaysia
    Sy Suzana dr Kuantan.
    Bagaimana cara mahu menjadi pengedar susu farm fresh?
    Berapa modalnya?

    ReplyDelete
  5. Salam 1 Malaysia
    Sy Suzana dr Kuantan.
    Bagaimana cara mahu menjadi pengedar susu farm fresh?
    Berapa modalnya?

    ReplyDelete
  6. kalau nok bawa pelajar pertanian untuk lawatan hubungi siapa ya,,,

    ReplyDelete
  7. Ape contact number factory ni ek ?

    ReplyDelete